#lifeupdate
Al-kisah nak update hari ni sebab tak dapat keizinan dari ayah nak pergi shah alam countdown new year dengan geng kaki jalan. Sobs sedih tau. Tapi aku try positif jela maybe risau kot anak dara keluar malam macam tu.
Jadi harini nak throwback pasal trip ke PD tanpa plan yang panjang dan ianya menjadi! hoyeah. Haha selalu mcm tu, kalau plan lama-lama tak jadi pun macam shah alam ni. Sorry guys :*
Hello Port Dickson!
kali ni memang mejoriti budak perempuan kelas join. Sebab yelah before ni aktiviti apa-apa kalau takde lecturer payah sikit nak gether. Sebab tiap orang ada perspektif masing-masingkan. So tak salahkan pun. Tapi kali seronokk sebab mejoriti ada. Yana dengan Ima dari Melaka diorang pergi jalan-jalan. Singgah PD. Taraaaa. Sebelum pergi ni, masak sendiri dekat Balai Islam (bais). Tapi moments dengan bais tak amik pulak gambar. Masak nasi, goreng ayam, sayur. Simple jee tapi seronokk sebab buat ramai-ramai.
Aktiviti dekat sini tak fokus mandi manda je, ada jugak main tanam-tanam, bina istana pasir tu. Dengan main cari ketam yang kecik tu, tu keje Zila dengan Ijah. Gigih cari korek pasir haha. Comel.
Aktiviti tak tamat macam tu je. Ktrg tak lepaskan peluang main banana boat. Tak ingat seorang bayar berapa. Semua naik kecuali Sina dengan Zila kalau tak silap. Best boleh takk, perempuan ni suka sebab boleh jerit-jerit. Paling boleh gegar suara Ijah. Tak siapa boleh lawan.
Kalau siapa biasa naik banana boat tau lah apa yang dia buat. Humban semua dalam laut kan? Penat lah jugak macam tu. Lepas turun tiba-tiba nampak satu lagi permainan yang tak pernah tengok pun before ni, big marble nama dia. Lepas perbincangan buat, ita ijah atin elly dan aku buat keputusan nak cuba. Hahaha gila. Bahaya sebenarnya benda ni.
Actually, naik big marble ni boleh naik 3 orang je. Tapi ktrg naik 5 orang. Kira lebih muatanlah. Memang betul lah malang tu tak berbau. Ktrg masa naik ni memang dia suka buat lap, tapi takkan jatuh dalam air. Ada satu ni, sebab terlepas pengang ktrg tercampak dekat tengah-tengah laut tu. Serius rasa macam nyawa hujung tanduk masa tu. Muka masing-masing pucaaat je. Haa masa tu baru tahu nak serik. Haha. Lepas tercampak macam tu, baru rasa 'Abang taknak main dah, nak turun darat.' Hahaha
Tapi pengalaman lah. memang seronok tapi kalau naik big marble tu janganlah lebih muatan bahaya. Apepun secara overall memeeyy terbaik perjalanan kali ni.
Rindunyaa kat korannggg.
"We didn't realize we were making memories,
we just knew we were having fun"
;)