Sunday, December 27, 2015

Tak rindu pun, saja throwback.

Penulis : faaa Masa : 5:14 PM Comments : 0 Labels :

#lifeupdate

Al-kisah nak update hari ni sebab tak dapat keizinan dari ayah nak pergi shah alam countdown new year dengan geng kaki jalan. Sobs sedih tau. Tapi aku try positif jela maybe risau kot anak dara keluar malam macam tu.

Jadi harini nak throwback pasal trip ke PD tanpa plan yang panjang dan ianya menjadi! hoyeah. Haha selalu mcm tu, kalau plan lama-lama tak jadi pun macam shah alam ni. Sorry guys :*


Hello Port Dickson!


kali ni memang mejoriti budak perempuan kelas join. Sebab yelah before ni aktiviti apa-apa kalau takde lecturer payah sikit nak gether. Sebab tiap orang ada perspektif masing-masingkan. So tak salahkan pun. Tapi kali seronokk sebab mejoriti ada. Yana dengan Ima dari Melaka diorang pergi jalan-jalan. Singgah PD. Taraaaa. Sebelum pergi ni, masak sendiri dekat Balai Islam (bais). Tapi moments dengan bais tak amik pulak gambar. Masak nasi, goreng ayam, sayur. Simple jee tapi seronokk sebab buat ramai-ramai.



Aktiviti dekat sini tak fokus mandi manda je, ada jugak main tanam-tanam, bina istana pasir tu. Dengan main cari ketam yang kecik tu, tu keje Zila dengan Ijah. Gigih cari korek pasir haha. Comel.





Aktiviti tak tamat macam tu je. Ktrg tak lepaskan peluang main banana boat. Tak ingat seorang bayar berapa. Semua naik kecuali Sina dengan Zila kalau tak silap. Best boleh takk, perempuan ni suka sebab boleh jerit-jerit. Paling boleh gegar suara Ijah. Tak siapa boleh lawan.



Kalau siapa biasa naik banana boat tau lah apa yang dia buat. Humban semua dalam laut kan? Penat lah jugak macam tu. Lepas turun tiba-tiba nampak satu lagi permainan yang tak pernah tengok pun before ni, big marble nama dia. Lepas perbincangan buat, ita ijah atin elly dan aku buat keputusan nak cuba. Hahaha gila. Bahaya sebenarnya benda ni.



Actually, naik big marble ni boleh naik 3 orang je. Tapi ktrg naik 5 orang. Kira lebih muatanlah. Memang betul lah malang tu tak berbau. Ktrg masa naik ni memang dia suka buat lap, tapi takkan jatuh dalam air. Ada satu ni, sebab terlepas pengang ktrg tercampak dekat tengah-tengah laut tu. Serius rasa macam nyawa hujung tanduk masa tu. Muka masing-masing pucaaat je. Haa masa tu baru tahu nak serik. Haha. Lepas tercampak macam tu, baru rasa 'Abang taknak main dah, nak turun darat.' Hahaha

Tapi pengalaman lah. memang seronok tapi kalau naik big marble tu janganlah lebih muatan bahaya. Apepun secara overall memeeyy terbaik perjalanan kali ni. 

Rindunyaa kat korannggg. 

"We didn't realize we were making memories,
 we just knew we were having fun"

;)




Saturday, December 26, 2015

Kawan rapat kawin!

Penulis : faaa Masa : 10:27 PM Comments : 1 Labels :

#lifeupdate

Biasalah. Hujung-hujung tahun ni memang ramai yang tukar status. Dulu rasa jugak stress rasa macam wehhh asal aku tak kawin-kawin nii. Boyfriend pun takde, seriously rasa insecure gila. Dulu laa. Sekarang rasa jugak tapi taklah sampai nak stress kan. Ceh over je stress pasal kawin. Cubalah stress fikir pasal solat yang liat sangat nak awal waktu tu yang tak setel-setel lagi. Huh 

Nak story pasal member rapat kawin ni sebab rasa cerita dia memang menarik. Okaylah nak cerita dia ni memang matang sikit lah cara dia fikir dari aku. Kahkah dari dulu lagi actually dia memey bagus orangnya. Paling salute dia ni sabar je orangnya. Kene buli dengan kawan sendiri pun redho je (bukan aku eh yang buli). Lama gila tak kontek sebab dia ikut parents dia balik penang. Tup-tup dia add kat facebook sembang-sembang. Dia ajak majlis kawin. Ciss Haha Hilang lagi kawan aku sorang. 

Okaylah, basically setiap perempuan tu adalah angan-angan dia. Mesti punya ada. Yang membezakan antara perempuan ni macam mana diorang adjust angan-angan dan realiti. Dan aku jumpa orang yang perfect bagi aku lahh, perfect cara dia adjust.  

Perempuan memang suka akan tanya 'Macam mana boleh kenal?' or 'Macam mana dia ajak kau kawin?'

Dia cerita simple je.

'Aku ni dah malas dah nak bercinta rak bagai, tetiba dia pergi dekat orang lain. Jadi, masa laki aku ni berkenan aku direct je tanya, kalau serius bulan 12 ni kawin. Dan dia setuju.'

Ktrg yang wahh. Gituww. 


Majlis dia still macam biasa. Macam kenduri orang lain, tapi dia punya yang aku suka sederhana tapi meriah weh. Tak perlu nak pakai baju yang mahal-mahal sangat pun. Tak perlu nak grand sangat.

'Ala baju nikah yang aku pakai ni pun beli dua hari lepas.'


Aku masa tu macam impress gila dengan dia. Akad dekat rumah, tu pun simple je tak perlu nak sewa bantal yang cantik-cantik tu. Letak je kusyen yang ada kat rumah tu. Cuma tukar lah bagi lapik dia cantik kan. Senang je. Bagi dia, majlis tu yang penting. Bukan apa yang orang pandang. Tapi still majlis tu meriah jee. Rasa nak nangis pun ada. Alhamdulillah, sah menjadi isteri dengan sekali lafaz.

Okay actually, aku memang jenis cepat suka rasa wahhh wahh dekat perempuan yang humble dan gigih macam ni. Sekarang kan konon zaman hipster, tapi sikit pun dia tak terpengaruh. Kalau ikutkan, boleh je buat, tapi dia tak nak sebab dia fikir lepastu pulak dah kawin lagi banyak benda kena fikir. Inilah dia namanya, yang mudah jangan disusahkan. Akad nikah tu yang paling penting. 

Jadi, aku harap kau akan terus jadi macam ni, sentiasa cool, steady, tak fikir apa orang cakap. Dan paling penting sentiasa rasa ada tangunggjawab. Loveyou weh!


*Terima kasih ajar aku, realiti dan angan-angan itu jauh bezanya.*



"The successful marriage is not when you can live in peace with your wife,
 but when you cant live in peace without her." - Yasir Qadhi

;)

Friday, December 11, 2015

Interview IPG, hoyeahh.

Penulis : faaa Masa : 11:11 PM Comments : 0 Labels :

#lifeupdate

Finally, Alhamdulillah I did it!

Orang macam aku yang tak suka bercakap depan orang ni, interview adalah  benda yang paling scary. Tak tahu nak bagi respon apa, tak tahu nak buat muka apa. Haha 

Hakak dapat iv dekat Putrajaya, pukul 7.30 dalam slip temuduga. Sampai sana pukul 7.00 pagi guru pelatih dah boleh tinggalkan ID dan ambil pas pelawat. Sampai je dekat sana haa amik terlompat-lompat jumpa kawan-kawan. 

Meh akak cerita sikit pasal interview. 

Sebenarnya depends on panel korang dapat siapa. Kalau jenis ayahanda sikit alhamdullilah tak strict sangat, tapi kalau dapat jenis ibunda ibunda sikit, skema sikitlah. Tapi siapa yang dapat tu insyaAllah boleh je sebenarnya, sebab yang atur Tuhan kan. Jadi doa lah banyak-banyak dari sekarang :)

Alhamdulillah, panel hakak okay. Taklah scary sangat. Tapi takdelah mudah sangat. Nama dipanggil, satu bilik 6 orang. Ikut list name. Panel ada dua orang. 

Tips :
1. Before masuk tanya pangkat panel apa.
2. Pastikan bawak sijil melibatkan kepimpinan (cth: AJK)
3. Before duduk bukak butang blazer. 
4. Muka kasi berseri sikit (perempuan) + kemas.

Soalan interview :

1. Umum
- Isu semasa yang terdekat (bajet 2016, UNESCO, PPPM, TPPA, kes murid orang asli hilang)
- Nama menteri negeri masing-masing.
- Nama sultan
- Nama menteri besar

2. Tentang kos korang (aku BM)
- LINUS
- Bakat korang ada
- Bahasa yang digunakan ketika iv

Itulah yang antara ingat, yang penting kena pandai gorang sebab banyak jugak soalan KBAT. Jangan risau, at least baca sikit sebagai persediaan mental korang.


okayy. Daoakan hakak dapat posting di tempat yang baik dan selamat dan menyeronokkan. Meh hakak belanja gambar satuuu.



Geng bilik 9, pukul 7.30 pagi, group 1 :)



#roadtoposting

Monday, December 7, 2015

Seram sikit.

Penulis : faaa Masa : 10:21 PM Comments : 0 Labels :

#lifeupdate

K, dah mula asik update je. Actually, first time try update blog guna tab. Haaa duk kutuk tab ni laptop kann. Hakak buat betul-betul jadi laptop. Excited kejap. :D

Tadi siena bagi whatssap. Voice message terjerit-jerit sebut nama cik pah. Rupanya ayu ada sekali. Ciss. Sengaja bagi hakak jelous 😤😤 

Whatssap tak pernah berhenti dari berbunyi dari group bincang tentang iv.

Cik pah seram. 

Doakan cik pah tau korangggg. Selalu lepak dengan siena kali ni terpisah pulakkk. 


All the best babyyyy :*

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, aku mohon permudahkan urusan kami, beri kami keyakinan, sesungguh hanya padaMu kami berharap."

Amiinn..

Hello December, 2015!

Penulis : faaa Masa : 4:28 PM Comments : 0 Labels :

#lifeupdate

Haaiii.

Lama sungguh tidak update entry. Bersawang. Kah!

Tengok balik entry lama-lama alahai sedih je cik pah kita ni ye. Tak mahu sedih-sedih dahh. Lapangkan dada and say goodbye to past memories. Byeeee *flip shawl*

K. Nak mula dari mana? Setahun ni tak update pasal life. 

Firstly, 

I'm finally  finished my dgree. Alhamdulillah, thankyou Allah :) Actually, next week ada interview SPP. Malas nak baca buku, ni lah diaa. Masa nilah baru teringat blog dah berkarat tak update. Okaylah meh hakak belanja satu gambar masa semester 8.


Viva done! :D Dup dap dup tau hakak nak berviva 
depan segala doktor yang ada. Haha. 

Secondly,

Cik pah dah habis dah study di IPG Raja Melewar. Sayang tau cik pah dengan IPG ni. Banyak kenangan manis gituww. Let me introduce some of my friends. Dengan diorang lah cik pah bersuka ria, beduka lara, bergelak ketawa, menangis berguling. Bersengkang mata siapkan assignments lepastu agak-agak tak dapat nak siap edit sikit kawan punya jadikan kita punya. Kehkeh. Tak pernah buat? Rugi..rugi pengalaman tuu Haha


okay abaikan kalau gambar tak semenggah sikit Kah! 
Ni rumah sewa ktrg budak jahat kan kena lah tendang keluar, eh? terasa ke.


Lastly, cik pah nak cakap sedih tau nak tinggalkan kawan-kawan. Tinggalkan adik-adik yang rapat. Tinggalkan seremban. 5 Tahun ok. Lama tuu. Kawan-kawan ni lah dah tahu perangai buruk tak kisah lah laki ke perempuan. Perangai tak semenggah, selekeh depan diorang, kene bahan. Sayang sangat. Harap diorang tak baca lah entry ni ye. cik pah ni jiwang karat boleh tahan jugak kalau menulis, tapi kalau tengok cik pah, hurmm. Muka nak gaduh je Haha




Kesayangan cik pah. Kasi besar sikit gambar <3


Okay, rasanya tu je kot setakat ni, nanti ada cerita cik pah story k. Daoakan cik pah interview khamis ni okayyy. :D

Buibui.