Wednesday, April 9, 2014

Asing

Penulis : faaa Masa : 11:23 AM Comments : 0 Labels :

Jam dah pkol 1.45 petang. ok makan yuk. lapar sudah. cari tempat makan. ya, susah, sebab aku betugas sekolah SJKC, sekolah cina. semalam observe, memang tuhan tahu ape yang berlaku, tuhan yang faham apa yang di hati. hanya tuhan. ya tuhan.

balik ke sekolah hampir jam 2.45 petang. cari guru agama islam, nak ambil kunci bilik persatuan agama islam. nak lengkapkan persiapan rohani.masuk bilik guru-- sunyi.

penat aku pusing cari guru, penat aku berkejar cari guru, lihat jam hampir pukul 3.10, aku perlu berada di kelas pada jam itu. ergh,solat? 

masuk bilik mesyuarat, tempat guru pelatih ditempatkan sepanjang praktikum. pandang sekeliling. dengan siapa aku perlu kongi kegelisan ni? sangeetha rakan patner praktikum? agnes rakan satu maktab, jasson rakan lelaki maktab. semua bukan seangkatan, semua bukan kesefaham. Allah..

ape perlu aku buat? ku tarik beg-- kosong. penuh peralatan untuk obsrve hari ini, penuh. tapi satu pun takde untuk persiapan solat. kain lebih pun takde. takdee. ape aku nak buat? kuat ke aku untuk solat je dekat bilik mesyuarat ni? cukup kuat ke untuk aku biarkan mereka kristian, hindu dan budha pandang aku dengan penuh asing? cukup ke kuat?

aku keluar -- terserempak dengan seorang pakcik curly hair yang suke sakat aku pakai baju baru hari-hari. melayu, islam. aku tak tahu, aku tak faham, aku merasakan aku berada di dunia orang, aku merasa aku berada di tempat orang, walhal ini Malaysia. aku pandang pakcik tu dengan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. cuma hati aku yakin mengatakan 'dia akan faham apa aku rasa'. 

dia tolong aku-- berkejar mencari kunci, usaha mencari jalan untuk aku dapat menunaikan kewajipan yang penting ini. sayu hati-- walau kami tak rapat, atas dasar sesama islam, saudara. dia tolong. dia sebelum ini seorang yang suka menyakat, suke bergurau-- dalam perkara ini, dia serius, tepancar kesungguhan pakcik ini. tapi, masih tak jumpa tempat yang di cari.

Allah, ujian apakah ini? aku terasa amat asing, aku terasa amat terpinggir di bumiMu Ya Allah. atau sebenarnya aku masih tak cukup kuat, untuk mengatakan -- ya aku ISLAM,aku  perlu SOLAT. Allahh, aku tahu silapku, aku tahu lemahnya aku.

*hari ni* azam baru --

siapkan jgk persiapan solat, bwk stokin bersih. tak pakai tekelung takpe, baju yang dipakai boleh bawak solat. janji tutup aurat. ya, mungkin kejadian semalam peringatan utk aku. ya peringatan.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing”. Beliau ditanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing itu ?”. Beliau bersabda, “Mereka yang memperbaiki dikala rusaknya manusia”. [HR. Ibnu Majah dan Thabrani]

No comments:

Post a Comment