Tuesday, March 15, 2016

Kebergantungan.

Penulis : faaa Masa : 10:23 PM Comments : 0 Labels :

#perkongsian


Haish, nak exam la tu, baru nak solat awal waktu, baca quran. Kalau tak, takde maknanya.

Dia cakap dekat siapa tu? Kita lah kan? 

Kita pun akan perasan diri sendiri tu nak apa-apa dari Allah, baru sungguh-sungguh buat apa yang Dia suruh. Kadang rasa macam ntah pape kan?



"Eerghh, dah susah baru cari Tuhan."


Lepastu? kau end up dengan ego kau cakap taknak buat semua tu sebab rasa hipokrit gila. Sebab nak sesuatu baru buat baik. Kan?

Guysss. Kemonnn.


Korang tengah cakap dengan siapa tuu? Manusia ke? Allah! Kita bercakap dengan Dia. (Cehh over je guna 'korang' padahal diri sendiri pun sama je). Ingat, Allah tak pernah rasa kita ni mengambil kesempatan terhadapNya. Dia maha Pemurah, lagi Penyayang. Kenapa mesti fikir macam tu? Kita mintak sesuatu dariNya dengan sungguh-sungguh, doa sampai nangis-nangis, baca quran sehari 10 muka. Takpeee, Allah lagi suka.

Sebab?

Kita sedar yang bagi semua rezeki tu Allah. Kita hanya bergantung pada Dia. Jadi, jangan ego. Manalah tahu, dengan kita baca quran 10 muka sebab nak exam. Kita terbuka hati untuk tak tinggal baca quran walau sehari. Kan? Mesti ada hikmah.

Soo. Jangan rasa jauh hati, jangan takut tetiba imaan kita konon-konon naik bila nak exam jee. Takpe, tu menunjukkan kau ni tahu hanya pada Dia kita bergantung. Alang2 dah rasa macamtu, lepasni jangan obvious sangat. Nak exam solat full. Dah habis exam, satu solat pun tak buat. Jangan lahh gituuu.


*Bebelan ini kebanyakannya bermonolog untuk diri sendiri juga. Eh, semua. Bukan kebanyakan.*



"Try to pray Tahajjud at least once a week and 
you will find a big difference in your life."


:)


Tuesday, March 1, 2016

Cikgu, i'm sorry.

Penulis : faaa Masa : 9:36 PM Comments : 0 Labels :

#lifeupdate


Semalam.

'Geram betul kite kak dengan budak ni, bla bla bla.'

Dah habis luah perasaan aku diam. Tiba-tiba ada sorang murid berdiri di sebelah. 

'Cikgu, i'm sorry.' 

Percayalah, walaupun budak tu yang bergenang air mata. Dalam hati kita ni dah banjir dah. Mulia hati budak ni, yang aku sebagai cikgu pulak emosi lebih. Tak boleh kawal sakit hati.


********


"Hen Chan Hyun!" 

Buat bahasa isyarat. Dalam hati dah sumpah seranah sebab budak yang sama tak hantar buku, asyik tak siap, selalu kena berdiri, kena rotan. Tapi mcam tuuu jugak, jadi hari ni aku guna bahasa isyarat je dulu.

Tak sempat aku nak membebel, dia tutup telinga. Siapa tak mendidih macam tu. Aku pun tanpa berfikir panjang memang marah yang betul-betul punya marah. Tak pernah aku naik angin macam tu. Sampai kelas yang memang tak pernah sepi jadi krik krik takde suara yang keluar. Apa yang aku buat lepas tu biarlah rahsia dan jadi pengajaran je untuk diri sendiri, aku pun tak sanggup nak share.

Aku keluar kelas lepas masa tamat dengan keadaan yang sangat marah. Kecewa. Aku terfikir kenapa murid tu biadap sangat. Apalah yang dia fikir. Dan aku rasa, aku dah buat yang terbaik, dan it's totally, his fault not mine. Angkuh betul.

30 minit kemudian, selepas aku buat sesi luahan dengan cikgu lain, suddenly, he come next to me. And said,

'Cikgu, i'm sorry.'

Cara mata dia pandang muka kita ni, dengan air mata dia bergenang. Satu meja guru tu terkedu. Dia pandang kita menanti jawapan. Aku bukan tak nak maafkan, tapi taktahu nak cakap perkataan apa yang sesuai. Lama-lama baru aku cakap. 

'Okay, cikgu maafkan. Next time, don't repeat the same mistake, ok?'

And he cried.

Apalah teguh sangat hati aku tengok perkara ni jadi. Sampai balik rumah aku menyesal kenapalah aku marah sangat. Itu process of learning budak tu kot, kau patut tegur dia cara yang okay. Tapi takpelah, pengajaran bagi aku.



"I love you, Hen Chan Hyun. And i'm sorry too"

:')