Tuesday, March 1, 2016

Cikgu, i'm sorry.

Penulis : faaa Masa : 9:36 PM Comments : 0 Labels :

#lifeupdate


Semalam.

'Geram betul kite kak dengan budak ni, bla bla bla.'

Dah habis luah perasaan aku diam. Tiba-tiba ada sorang murid berdiri di sebelah. 

'Cikgu, i'm sorry.' 

Percayalah, walaupun budak tu yang bergenang air mata. Dalam hati kita ni dah banjir dah. Mulia hati budak ni, yang aku sebagai cikgu pulak emosi lebih. Tak boleh kawal sakit hati.


********


"Hen Chan Hyun!" 

Buat bahasa isyarat. Dalam hati dah sumpah seranah sebab budak yang sama tak hantar buku, asyik tak siap, selalu kena berdiri, kena rotan. Tapi mcam tuuu jugak, jadi hari ni aku guna bahasa isyarat je dulu.

Tak sempat aku nak membebel, dia tutup telinga. Siapa tak mendidih macam tu. Aku pun tanpa berfikir panjang memang marah yang betul-betul punya marah. Tak pernah aku naik angin macam tu. Sampai kelas yang memang tak pernah sepi jadi krik krik takde suara yang keluar. Apa yang aku buat lepas tu biarlah rahsia dan jadi pengajaran je untuk diri sendiri, aku pun tak sanggup nak share.

Aku keluar kelas lepas masa tamat dengan keadaan yang sangat marah. Kecewa. Aku terfikir kenapa murid tu biadap sangat. Apalah yang dia fikir. Dan aku rasa, aku dah buat yang terbaik, dan it's totally, his fault not mine. Angkuh betul.

30 minit kemudian, selepas aku buat sesi luahan dengan cikgu lain, suddenly, he come next to me. And said,

'Cikgu, i'm sorry.'

Cara mata dia pandang muka kita ni, dengan air mata dia bergenang. Satu meja guru tu terkedu. Dia pandang kita menanti jawapan. Aku bukan tak nak maafkan, tapi taktahu nak cakap perkataan apa yang sesuai. Lama-lama baru aku cakap. 

'Okay, cikgu maafkan. Next time, don't repeat the same mistake, ok?'

And he cried.

Apalah teguh sangat hati aku tengok perkara ni jadi. Sampai balik rumah aku menyesal kenapalah aku marah sangat. Itu process of learning budak tu kot, kau patut tegur dia cara yang okay. Tapi takpelah, pengajaran bagi aku.



"I love you, Hen Chan Hyun. And i'm sorry too"

:')

No comments:

Post a Comment